My Blog List

Thursday, 7 April 2011

Tips Ketiga: Menguasai Perbendaharaan Kata Bahasa Arab


Jadikan Buku Nota Teman Mesra Anda

                       Perkara wajib yang perlu anda lakukan ialah menghafal seberapa banyak perbendaharaan kata bahasa Arab kerana jika anda miskin perbendaharaan kata, anda tidak akan faham atau anda akan faham tetapi dengan cara pemahaman yang salah setiap petikan teks yang anda baca atau percakapan yang anda dengar. 

                       Jadi setelah membuat tindakkan seperti yang ditunjukkan dalam Tips Kedua,  iaitu berkawan dan bermesralah dengan sahabat baru anda iaitu kamus. Tiada cara lain yang dapat membantu anda selain diri anda sendiri. Setelah anda tahu cara menggunakan kamus Arab dan pencarian perkataan mengikut kata dasar (root words), anda dinasihatkan agar mempunyai buku mesra perbendaharaan kata yang anda boleh jadikan ia sebagai kamus peribadi anda yang sentiasa menemani anda ke mana jua anda pergi pastikan anda membawanya bersama.

                       Melalui pengalaman saya ketika belajar bahasa Arab di Syria pada 2004 dahulu, saya telah menyediakan satu buku nota khas yang saya akan membawanya ke mana sahaja saya pergi. Ke masjid, pasar, kelas, menaiki bas akan saya pastikan wajib saya bawa  bersama. 

                       Keseronokkan akan timbul apabila kita mencuba sesuatu perkara yang baru dalam menggunakan pelbagai teknik atau teori pembelajaran. Dahulu saya amat meminati bidang kewartawanan. Setiap hari saya akan duduk di hadapan tv sambil memegang pen dan nota mesra saya dan kamus kegemaran saya Al-Munawwir. Chanel pilahan saya adalah Rangkaian Berita TV Al-Jazeera (Arab) dan Al-Arabiah yang beroperasi di Doha. 

Ubah Cara Belajar Kita

                       Pendekatan yang saya cuba ialah belajar mendengar sebutan (pronunciation) perkataan Arab yang keluar dari mulut pemberita dengan teliti, membaca tajuk berita dan berita ringkas yang bergerak laju seperti nota kaki yang tertera di kaca tv. Sekiranya saya dapati ada perkataan yang kita tidak tahu, maka saya akan catatkannya di dalam buku nota mesra saya. Kemudian selesai sahaja berita, saya akan terus merujuk pada kamus. 

                       Dengan tindakan saya yang berterusan tersebut telah banyak faedah yang saya pelajari. Ia bagaikan sesuatu pendekatan dan pengalaman baru bagi saya iaitu kemahiran mendengar, kemahiran menulis, mengetahui frasa-frasa ayat, perkataan-perkataan dan istilah baru (bombastic words).  Jika saya tidak temukan di dalam kamus, maka saya akan menanyakan perkataan atau istilah tersebut kepada Ustaz Ahmed guru kelas saya merangkap pensyarah Kuliyyah Adab di Damascus University

                       Study smart and don’t study hard. Itu adalah motto yang saya pegang sehingga ke hari ini. Cuba kita pelajari sesuatu itu dengan pemahaman bukan dengan hafalan semata. Hafalan itu penting tetapi hafalan tanpa pemahaman samalah seperti burung kakak tua yang tahu meniru (immitate) percakapan orang tanpa mengetahui apa yang telah diucapkannya.

                       Jangan tulis makna terjemahan di atas perkataan arab di dalam buku anda. Sekiranya anda sedang membaca sebuah teks atau ayat dan anda menulis makna tersebut di atas perkataan Arab yang anda tidak tahu maka anda telah membuat tindakan yang malas. Anda sepatutnya tuliskan perkataan itu di dalam nota mesra kerana  itu mernunjukkan bahawa anda adalah seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh. Bayangkan jika buku bacaan tersebut telah hilang, anda tidak perlu gusar kerana anda telah menyelamatkan perkataan yang telah dicatat di dalam  nota mesra anda. Anda tidak akan rugi sedikit pun. 

                       Tanamkan sikap sentiasa ingin belajar, obsess untuk ingin tahu, tidak segan bertanya jika tidak tahu. Belajar tidak semestinya duduk di kerusi, buku di depan mata kita dan belajar berjam-jam lamanya. Pembelajaran yang effective banyak caranya. Ketika saya berjalan-jalan, saya belajar, ketika saya menunggu bas  saya belajar, ketika saya di kedai makan pun saya belajar selain dari meja study saya.
Maksud saya ialah kita belajar dari persekitaran kita. 

                 Ketika saya berjalan-jalan saya terbaca kain rentang, sign-board, iklan-iklan dan apa-apa sahaja perkataan Arab di jalanan , saya cuba untuk membaca dan memahami apakah message yang tertera tersebut. Adakah saya memahami iklan yang cuba disampaikan pada dinding dan papan iklan di sepanjang jalan tadi. Jika saya gagal memahami message tulisan-tulisan tersebut maka saya telah gagal dalam proses pemahaman sesuatu maklumat. Apa yang saya lakukan adalah mencatatkan hanya perkataan yang saya tidak tahu sahaja. Itu juga satu proses pembelajaran secara tidak langsung. 

Belajar Membina Ayat

                       Setelah anda menjadi jutawan perbendaharaan kata Arab, anda perlu belajar untuk membina ayat dari setiap perkataan yang anda catatkan di dalam nota mesra. Mulakan dengan ayat-ayat yang paling mudah seperti انا طالب ماليزي (Saya pelajar Malaysia)   راجو يذهب إلى الكلية.  (Raju sedang pergi ke kuliah). Buat seberapa banyak ayat yang anda mahu.

                       Jangan takut kaepada kesalahan kerana kesalahan itu adalah kelemahan kita. Lebih baik kita mengenal kelemahan dan kesilapan kita daripada langsung tidak mahu mencuba. Dari kesilapan itulah kita akan pelajari untuk memperbaiki kelemahan (improvise) dan dapat menghindari untuk melakukan kesilapan yang sama (learning process).  

                       Setelah anda rasa anda mampu dan yakin dengan ayat yang biasa-biasa, anda boleh mencuba untuk membuat ayat yang lebih panjang sedikit. Sebagai contoh: كل عربي أخ لجميع العرب
(Setiap orang Arab itu adalah bersaudara bagi kesemua bangsa Arab) atau (Saya mendengarkan radio/berita Republik Arab Mesir) استمعت إلى إذاعة جمهورية مصر العربية . Buat seberapa banyak ayat yang anda mampu dan mahu. 

                       Setelah anda yakin dan mampu anda boleh mencuba menulis dengan menggunkan perkataan-perkataan yang terkini dan bombastic.  

Nilai Sebuah Nota

                       Ilmu itu adalah ibarat harta kekayaan yang tidak ternilai bagi diri saya. Terserah kepada anda bagaimana anda mentafsirkannya dari kaca mata diri anda. Bagi saya setiap perkataan yang telah saya catatkan di dalam nota mesra saya amat memberikan makna yang mendalam. Nota yang ditulis sewaktu berjalan kaki tidak kira dalam suhu yang begitu sejuk atau panas ketika di bumi Syam itu terkandung 1001 makna yang tersendiri. 

                       Ia seolah-olah meninggalkan satu nostalgia yang amat berharga yang tiada pada orang lain kerana proses itu hanya ditelusuri oleh diri saya sendiri dan saya yang mengalaminya.  Tidak sangka rupa-rupanya ramai juga yang berminat dengan teman mesra saya (nota perbendaharaan kata). Beberapa kali ia telah hilang dan saya terpaksa membuat nota mesra yang baru tetapi ia tetap tidak akan serupa dengan yang nota mesra yang lama kerana masih banyak lagi yang tidak sempat saya hafal. Begitu juga dengan   buku-buku kesayangan yang saya beli hasil wang kiriman ayah dan bonda diambil oleh kawan-kawan yang tiada kesedaran sivik dan buat tidak tahu akan hukum hakam Islam. 
                       Kepada peminat buku dan  nota mesra saya, silalah tanyakan kepada diri anda, halal ke belajar dari hasil yang bukan hak anda? Renung-renungkanlah.  
   
# Pada Tips Ketiga ini saya harap anda semua mendapat tips-tips yang berguna buat diri anda dan yang pasti anda tidak akan ke mana-mana (berada ditakuk yang sama) jika anda tidak BERTINDAK dari sekarang. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment