My Blog List

Wednesday, 6 April 2011

Tips Kedua: Memiliki Kamus Arab dan Tahu Cara Menggunakannya



                 Jika anda adalah seorang yang serius dan mempunyai niat untuk mempelajari Bahasa Arab, langkah yang kedua setelah reprogram minda anda adalah anda wajib memiliki kamus bahasa Arab. Amatlah kelakar jika anda ingin mempelajari apa juga bahasa sekalipun , wajib memiliki paling kurang sebuah kamus. Saya kurang menggunakan perkataan ‘harus’ kerana orang kita akan mengharuskan perkara tersebut. Tetapi jika saya mengatakan wajib (bukan syari’) maka ia bermaksud M.E.S.T.I.

                 Terdapat banyak kamus Arab di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Kamus juga terdapat katagori dan jenisnya. Saya menyarankan agar para mubtadi’n (orang yang baru mula)  seelok-eloknya menggunakan kamus Melayu-Arab bagi memudahkan prosess pembelajaran mereka. Bagi yang sudah mahir (advance) bolehlah menggunakan kamus Arab-Arab atau English-Arabic. 

                 Bagi peringkat awal juga untuk memudahkan prosess mengingat, menghafal dan mengenal, anda juga digalakkan untuk menggunakan kamus bergambar. Di sini anda dinasihatkan supaya jangan berasa segan dan malu-malu untuk menggunakan kamus bergambar. Bunyinya seperti keanak-anakan bukan? Tetapi pada hakikatnya ia merupakan satu alternative dalam proses pembelajaran mengenal menggunakan teknik visual. Di kedai-kedai buku juga terdapat kamus bergambar seperti kamus KBSR, terbitan Oxford Fajar, Longman dan sebagainya yang mudah didapati dikedai-kedai buku yang berhampiran.

                 Kamus Melayu-Arab yang popular di Malaysia adalah Kamus Al-Marbawi hasil tulisan Maulana Haji Idris Al-Marbawi. Kamus ini masih mengekalkan lagi ciri-ciri klasiknya seperti tulisan jawi dan gambar-gambar kecil di sudut muka surat. 

                 Berikut adalah senarai kamus-kamus yang sering digunakan sebagai rujukan oleh pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Arab;



Cara Menggunakan Kamus Arab

                 Jika kita ingin mencari kosa kata (vocabulary) Melayu ke Arab adalah amat mudah sekali seperti Melayu ke Inggeris. Sebagai contoh; perkataan ‘Sudu’. Anda hanya mencarinya dibahagian huruf ‘S’kemudian diikuti dengan‘U’ dan ‘D’ ‘U’.dan anda akan menemukan perkataan Arab yang anda inginkan iaitu ‘ مِلْعَقَةُ  

                 Biasanya perkataan bagi kata nama (nouns / اسْمٌ) adalah amat mudah untuk dicari berbanding kata perbuatan (verbs / فِعْلٌ ). Ini disebabkan kata perbuatan itu perlu dikenal pasti  kata dasarnya terlebih dahulu.

Berikut ini adalah langkah-langkah untuk menggunakan kamus Arab;

1.Anda wajib mengenal huruf-huruf hijaiyyah  ا - ي ) .Pastikan diri anda tiada lagi kekeliruan (common mistake) diantara huruf ( ج ح خ ) ( ث- س) ( ق - ك ) (ص- ض - ط ظ )

2.Dalam susunan huruf hijaiyyah juga terdapat perbezaan dengan apa yang kita pelajari sebelum ini seperti
(هلاء - ي  )  tetapi susunan dalam huruf arab ialah ن - ه - و - ي )  )  apabila anda sudah mengenal pasti bahawa tiada huruf لا dan huruf و terletak selepas huruf ه juga huruf ء telah digabungkan dengan bab huruf alif أ.

                 Perkara ini harus jelas (sematkan di minda) supaya nanti tidak timbul kekalutan kepada diri anda untuk membelek-belek kamus yang tebal itu dari muka hadapan ke muka belakang. Jadi pastiakan anda telah memahami konsep penyusunan huruf hijaiyyah di dalam kamus bagi mempercepatkan proses pencarian anda. Jimat masa dan lebih efisiyen.

3.Pencarian kata; kata-kata yanag ingin dicari maksudnya, hendaklah diketahui terlebih dahulu “adakah huruf yang terkandung di dalam kalimah atau perkataan tersebut terdiri dari huruf-huruf yang asal atau ia huruf za id (imbuhan/tambahan)”:

a-Jika hurufnya semuanya adalah asli maka pencariannya mengikut urutan seperti, قمر  sepatutnya dicari dari ( ق م ر  ) dan perkataan شمس adalah dari huruf ( ش م س )  dan seterusnya.

b-Apabila di antara huruf-huruf itu terdapat huruf za id (imbuhan) maka langkah pertama ialah mengenalpasti yang mana huruf yang asli terlebih dahulu. Setelah diketahui huruf-hurufnya, maka mencarinya seperti pada perkataan كتاب perkataan asalnya adalah ( ك ت ب )  dan huruf tambahan yang terdapat di situ adalah alif ا .
Begitu juga dengan perkataan علوم kata dasarnya yang asli adalah  ع ل م ) ) dan huruf za idnya (tambahan) adalah waw و dan seterusnya.


Semoga anda terus mencuba dan jika terdapat sebanrang pertanyaan sila tuliskan di ruang comment di bawah. Syukran wa ilal liqa

No comments:

Post a Comment