Kepada Sahabat semua, saya memohon kemaafan sekali lagi kerana blog ini akan diupdate dalam masa 4 hari lagi. Hal ini berkaitan dengan jadual saya menjaga Ayahanda yang baru dimasukkan ke wad IJN buat kali yang kedua pada petang semalam Sabtu, 09 April. Keadaan Ayahanda semakin lemah dan kerap mengadu sakit dada beliau. Kali ini sakitnya agak serius.
Kepada para pelajar saya, terpaksa menagguhkan beberapa kelas Anda dalam waktu terdekat ini. Walaubagaimana pun bagi kelas-kelas yang ditangguhkan akan diberitahu tarikh kelas ganti selewat-lewatnya pada hari Selasa nanti.
Seribu kemaafan dipohonkan bagi memberi peluang kepada si anak ini untuk berbakti menjaga dan menemani Ayahanda beliau dalam meniti hari-hari terakhirnya. Saya sentiasa ingin berada di sisinya pada setiap saat dan waktu. Yang saya pinta dari ANDA SEMUA adalah DOA , semoga Ayahanda saya diberikan kesihatan dan kesejahteraan. Amin Ya Robbal A'lamin.
* Sahabat sejati adalah mereka yang berada bersama kita BUKAN pada waktu tawa dan senang sahaja, tapi dikala duka dan tangis.
بارك الله فيكم
من أخيك,
محمد عمر بغيش
Ahad 14:05 PM 10 APRIL 2011
No comments:
Post a Comment