My Blog List

Monday, 22 August 2011

Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)

 
 
law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

...fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

====================

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

====================

Kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..
Maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat
Daripada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap..
Mengharapkan dekat denganya (al-Habib)

Hampir denganya jiwa rasa tenang
Jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
Cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
Pertemukanlah kami denganya Ya Mujib

Kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib (Nabi Muhamad)
Yang memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
Wahai Rahmat sekalian alam

Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)

Nasyid ini dikongsikan dari Ust.Zahazan Mohamed.


video

Wednesday, 17 August 2011

Ramadhan Kehadiran Yang Dinanti....

Assalamualaikum......


              Telah sekian lama dalam kesibukkan mengatur strategi syarikat yang akan dirasmikan tidak lama lagi membuatkan saya tidak berkesempatan untuk meng'up-date' laman bersawang ini. Insya Allah dalam pertengahan Syawal nanti syarikat yang telah ditubuhkan dan akan dirasmikan sebagai platfom saya untuk membantu lebih ramai orang yang ingin mempelajari bahasa Arab.

              Pejam celik Ramadhan tiba lagi. Bulan yang menjadi tanda aras mengukur sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah A'zza Wajalla kerana tiada alasan untuk kita untuk melakukan kejahatan kerana Syaitan telah dibelenggu pada sepanjang bulan Ramadhan ini. Dalam hadith Rasulullah S.A.W disebutkan ;

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.
                                                                                               (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

              Ramadhan juga adalah Bulan Refleksi Diri. Bulan dimana kita mencermin diri kita yang sebenar kerana Allah S.W.T telah merantai/menghambat Syaitan dari terus merosak anak Adam dari beramal sepanjang Ramadhan. Jadi bagaimana mungkin jika Syaitan telah dirantai, masih terdapat kefasadan dan kemungkaran dibulan Ramadhan?


              Jawapannya ialah jika selama 11 bulan seseorang itu mengikutkan kehendak dan hawa nafsunya yang dipujuk oleh Syaitan, maka jika sebulan Syaitan dirantaipun ia tidak mempu untuk melawan kehendak hawa nafsunya kerana sudah terbiasa dengan bujukan hawa nafsu dirinya. Oleh kerana itu Allah telah berfirman di dalam Al-Quran;

لا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله إن الذين يضلون عن سبيل الله لهم عذاب شديد بما نسوا يوم الحساب 

“ Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu , kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah . Sesungguhnya orang - orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan .”                                            (Surah Shaad (ص) : Ayat 26 )

              Tiada alasan untuk kita menyalahkan Syaitan jika kita melakukan kemungkaran dan maksiat, kerana semua Syaitan telah dirantai melainkan diri kita sendiri yang masih dijajah oleh hawa nafsu sendiri. Tidak hairanlah jika akhbar Metro Edisi Ahad 14 OGOS 2011 di muka hadapannya bertajuk " Lelaki Usia Emas Dangdut Sampai Sahur" soalannya Syaitan mana yang memujuk melakukan masiat?


              Jawapan yang telah diulas oleh Prof Madya Md Izuddin Ali, seorang penceramah bebas bahawa segelintir golongan lelaki separuh abad yang masih mengunjungi kelab dangdut, melayan penari dan meminum minuman keras pada malam hari dan siangnya berpuasa seperti biasa. Menurut beliau, golongan ini hakikatnya hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang berpuasa tanpa sedikit pun pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada orang Islam yang menjalani ibadah puasa dengan ikhlas.

              Sepatutnya kehadiran Ramadhan tidak boleh dinodai kesuciannya dengan berpesta maksiat. Jika warga emas menunjukkan teladan sebegini bagaimakah kesannya terhadap golongan muda yang sedang belajar untuk mencapai erti TAQWA?

              Jangan menuding jari kepada sesiapa pun. Segalanya kembalikan pada diri sendiri. Cermin diri, adakah kita mampu untuk mengatakan TIDAK kepada perkara kehendak kita sepanjang 11 bulan yang lalu. Belajar untuk mengawal keinginan diri kita. Jika 11 bulan kita ada bercakap bohong, maka dibulan mulia ini cuba belajar bercakap jujur dan jangan berbohong. Jika kita berjaya bercakap jujur bermakna kita telah berjaya menguasai diri dan mengawal keinginan bercakap bohong. Itulah cara menuju TAQWA.

Saturday, 25 June 2011

Setelah Sekian Lama Tidak Bersua Wahai Guruku....

Assalamualaikum......

               Alhamdulillah, saya sangat bersyukur sekali kerana dapt bertemu semula dengan guru bahasa Inggeris saya Puan Zahra Ahmad bersama suami En. Khalil dan dua anak perempuan beliau Qistina dan Rosydina. Dalam kesempatan hari Sabtu 26 Jun semalam kami bekas anak murid ini telah berkesempatan untuk membuat reunion yang julung-julung kali diadakan sejak masing-masing telah menamatkan pelajaran di Al-Azhar University. Lokasi reunion telah diadakan di Suria KLCC pada jam 5 petang.

              Terima kasih yang tidak terhingga kerana Kak Zah (panggilan mesra) sanggup terbang dari Cairo, En.Khalil dari Iraq & Rosydina dari Amerika Syarikat untuk menghadiri reunion yang penuh bermakna ini. Terima kasih juga tidak dilupakan kepada Kak Puteri Amelia yang sanggup turun dari office dari tingkat atas bangunan Twin Towers dan juga ibu beliau. Tahniah juga buat Kak Puteri yang bakal menerima cahaya mata yang kedua tidak lama lagi.

              Tidak dilupakan sahabat-sahabat yang sudi hadir walaupun dalam kesibukan waktu bekerja, Bro. Akmal & Don Daniyal terpaksa meninggalkan kami kerana bertugas, Raja Azizulhakim & wife yang sanggup datang dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur, Kamarul Zaman & Puteri Masyitah, Don Hakim dan Hasrul Sazli "Guys ! You are AWESOME".

              Insya Allah hari ini pada petang Ahad the 2nd reunion will reunited akan diadakan sekali lagi tetapi kali ini akan diadakan di rumah Kak Azuana di Alam Damai, Cheras.








Esok masih ada satu lagi sesi reunion di Cheras.
- Muallim OMAR-

Wednesday, 8 June 2011

Bingkisan Buat Ahli Komuniti Baru Yang Masih Belum Mendapatkan Hadiah Anda....CEPAT !

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

                 Alhamdulillah, syukur sekali lagi kita dapat bertemu di ruangan blog Bahasa Arab Interaktif : Semudah ... ا ب ت Sebagai sebuah tanda penghargaan buat sahabat-sahabat Fan-page saya, di sini saya ingin memberi tahu buat sekian kalinya bahawa saya telah menyediakan Tips Bagaimana Untuk Menguasai Perbendaharaan Bahasa Arab yang telah saya berikan khas buat anda yang masih belum menuntutnya silalah muat turun secara PERCUMA hanya dengan klik link berikut: 
 

                         Setelah anda membuat muat turun hadiah ini, janganlah hanya dibaca atau dilihat sahaja, sebaliknya terus praktikkan SECEPATNYA. Alhamdulillah, setakat ini saya telah menerima banyak feedback yang positif dari mereka yang telah mempraktikkan cara penguasaan perbendaharaan Arab mereka dan masalah mereka kini telah dapat diatasi. Teruskan sokongan anda untuk terus menyokong Fan-page saya dan juga blog ini. Jangan lupa untuk terus memberikan sebarang komen, sokongan dan teguran yang membina kepada saya untuk menghasilkan yang terbaik buat Anda semua. Mari kita laungkan " I'AM A GENIUS ARABIC LANGUAGE".

 
-Muallim OMAR-




Tuesday, 7 June 2011

Mengapa Harus Menyebut " I'AM A GENIUS ARABIC LANGUAGE " ?

ASSALAMUALAIKUM............

                          Apa khabar sahabat-sahabat semua. Let we say  "I'm A Genius Arabic Language  "  pada diri anda. Tahniah! Jika anda perasan mengapa dalam fan-page hatta pada arrow mouse saya pun saya letakkan, saya telah memilih slogan "I'm A Genius Arabic Language" dan kemudian saya mennggalakkan anda mengulanginya berkali-kali? GURU saya pernah berpesan, setiap ucapan yang keluar dari mulut kita, itu adalah merupakan satu doa.

                           Jika kita sedar setiap kali kita menghadapi satu situasi yang payah ia akan bertambah payah apabila kita mengeluh dan berkata "Aduh ! Susahnya..." terutama para pelajar ketika menghadapi peperiksaan. Yang susah akan menjadi susah apabila kita yang menghendaki sesuatu menjadi susah dan kita berdoa banyak kali "susah..susah...susah lagi dan lagi dan lagi". Tetapi sebaliknya ia akan menjadi mudah jika berfikir secara positif. Insya Allah permasalahan ini mudah dan saya pasti akan dapat jalan penyelesaiannya. Pasti jadi mudah.

                     Saya berikan contoh yang lain. Sama anda sedar atau tidak baginda Rasulullah SAW merupakan satu model yang terbaik, telah mengajarkan kepada kita untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan buat saudara Islam kita pada setiap kali bertemu iaitu ucapan "السلام عليكم ورحمة الله وبركاته". Bukankah ucapan itu sebagai satu doa kita buat saudara Islam kita akan kesejahteraannya dan dibalas pula dengan doa salam ke atas kita sebagai satu jawapan doa? Ucapan kita adalah doa kita sama ada untuk diri kita mahupun doa kita untuk orang lain. Ucapakan (doa) ini tidak memerlukan kita untuk menadah tangan kerana ia adalah doa yang spontan tanpa memrlukan hafalan doa yang panjang. Mudah dan spontan.

Firman Allah di dalam Al-Quran:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونَي أسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu (permintaanmu)."                                                                                                      
                                                                                                                      (Surah Ghafir: 60)
Juga disebutkan di dalam Al-Quran:
Dan jika hamba-Ku meminta kepada-Ku, ketahuilah bahwa Aku dekat, Aku niscaya akan mengabulkan permintaan orang-orang yang meminta jika mereka benar-benar meminta.” 

                                                                                                                 (Surah Al-Baqarah:186)

 Secara ilmiyahnya apa yang telah saya pelajari dari GURU saya, ucapan kita adalah berkait rapat dengan prinsip-prinsip umum dari minda kita :

- Apa yang Anda fikirkan (secara Dominan), itulah hasil yang Anda akan perolehi.
- Apapun yang masuk ke dalam minda bawah sadar kita, itulah yang akan menjadi realiti.
- Anda adalah apa yang Anda fikirkan tentang diri Anda.



                            Jika kita doakan yang tidak baik untuk diri kita, seperti; "Malasnya...", "Bosannya...", "Aku tak pandailah..." atau kepada orang lain; "Bodoh kau !", "Mati kau !" dan yang seumpanya juga merupakan doa kita untuk orang yang kita tujukan, Nau'zubillahi Min Dzalik.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Seorang muslim itu bersaudara terhadap muslim lainnya, ia tidak boleh menganiaya dan menghinanya. Seseorang itu cukup dianggap berlaku jahat karena ia menghina saudaranya sesama muslim.”
                                                                                                                                       (H.R. Muslim)
Kesimpulannya, berfikirlah kita secara positif, jaga tutur bicara kita, berfikir sebelum bercakap, banyakkan ucap perkara yang baik-baik kepada diri kita sendiri. Jika anda mengatakan " I'AM A GENIUS ARABIC LANGUAGE " maka itulah doa yang sedang anda pohonkan kepada Allah. Jadi jangan malu-malu kalau nak jadi pandai. Sebulah lagi dan lagi dan lagi.......

Wallahu A'lam.

-Muallim OMAR-
     
                                                                                                                                       

Friday, 27 May 2011

Dapatkan Siri Latihan Di Fanpage Saya

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
               Apa khabr semua? Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah menizinkan dan memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan laman Blog yang telah bersawang sekian lama. Cabaran dan dugaan yang ditempuhi stiap hari menguji kekuatan fizikal dan mental saya. Alhamdulillah saya baru saja selesai membentuk satu komuniti baru di Fanpage saya yang diberi nama Bahasa Arab Semudah...ا ب ت yang ternyata telah mendapat sambutan yang menggalakkan, Alhamdulillah.

               Boleh dikatakan purata pengunjung baru yang berminat untuk turut serta dalam komuniti belajar bahasa Arab ini hampir 100 ahli komuniti baru setiap hari dan mereka menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Al-Quran ini. Harapan saya semoga Allah SWT terus memberi kudrat serta kekuatan fizikal dan mental kepada diri saya untuk menyumbangkan ilmu yang sedikit ini dalam memberi bimbingan pengetahuan bahasa Arab kepada masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh pelusuk dunia amnya. Menurut data di fanpage saya, ada sahabat yang dari Russia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Philippine, China, Indonesia dan sebagainya dan saya berasa terharu juga ada fans (saya lebih selesa memanggil sahabat-sahabat) dari kalangan masyarakat Arab dari Timur Tengah yang telah memberikan sokongan moral kepada komuniti ini untuk memperjuangkan bahasa Arab walaupun ianya hanya kelihatan seperti pelajaran di sekolah tadika. 

               Jangan diukur dari umur komuniti ini yang hanya baru berusia 3 minggu sejak ianya ditubuhkan pada 5 Mei, tetapi ukurlah dari sumbangannya kepada masyarakat Islam di ceruk rantau ini. Komuniti Bahasa Arab Semudah ... ا ب ت ditubuhkan bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat terhadap bahasa Arab atau telah mempunyai niat tetapi tiada medium untuk mereka belajar. Komuniti ini menyediakan panduan dan bimbingan bagi mereka yang ingin belajar diperingkat awal sahaja. Bagi yang sudah mahir anda digalakkan untuk mencari komuniti yang sesuai dengan peringkat kemahiran anda.

Berikut ini adalah diantara latihan harian yang telah saya hasilkan untuk dipelajari oleh komuniti pada setiap hari. Fan-page saya:   http://www.facebook.com/BahasaArabMudah
 

Monday, 16 May 2011

Tidak Haram Menyambut & Meraikan Hari Ibu JIKA…..

                     Sambutan Hari Ibu baru saja berlalu. Memang ramai yang tidak tahu akan asal usul perayaan tersebut bersumber dari mana. Lebih-lebih lagi bagi orang kita yang suka mengikut-ngikut tanpa usul periksa terlebih dahulu adakah ia bersumber dari ajaran agama Islam atau dari ajaran agama kufur.

                     Kita sedia maklum bahawa sambutan Hari Ibu disambut pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei. Kita ketepikan semua cerita dongeng orang Greek itu kerana saya mempunyai pandangan saya yang tersendiri.
Pertamanya saya ingin mengemukakan sebuah hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)

                     Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat). 

                     Jelas sekali kalau kita sambut Hari Ibu kita pada tarikh dan hari tersebut adalah haram kerana meniru tradisi dan ajaran agama selain Islam. Isunya adalah mengapa dalam setahun hanya satu kali atau sehari sahaja kita sambut atau raikan buat ibu kita semua? Mengapa tidak setiap hari?

                     Hubungan saya dan ibu saya sanagat rapat. Mungkin disebabkan sewaktu tinggal diluar negara dahulu terlalu lama menyebabkan saya mudah tersentuh jika terkenangkan ibu. Kini kalau boleh saya ingin membahagiakan kedua orang tua saya setiap hari.

                     Apa kata kita ketepikan tentang sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa Sedunia dan kita tukarkan dengan Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa Setiap Hari. Saya lebih berasa bahagia sekali apabila pulang dari kerja dengan membeli barang dapur untuk ibu dan bapa saya. Dahulu, ayah mengeluarkan wang ringgit untuk berbelanja dapur. Ibu pula letih memasak, membuat pekerjaan rumah demi membahagiakan semua orang di dalam rumah kami. Apa salahnya sekarang ini giliran kita untuk mengambil alih kesemua tugasan mereka.

                     Jangan biarkan ayah terbongkok-bongkok ke kedai membeli sekilo beras dan membiarkan ibu sibuk menyediakan makanan untuk kita. Manakala kita pula bila pulang dari kerja bagaikan raja sebab kesemuanya telah terhidang di atas meja, tugas kita hanya menjamah sahaja. Itu pun jika kita mahu.

                     Ada kalanya kita pulang ke rumah dalam keadaan kekenyangan kerana baru makan di kedai bersama kawan-kawan. Nasi dijamah pun tidak lalu sebab lauk di kedai lebih sedap. Mungkin ibu kita diam kerana rela, tetapi siapa tahu dihatinya terguris satu lagi luka di atas hatinya yang penuh dengan calar parut kesan dari ucapan leser kita yang kita anggap sebagai ‘tak apa’….

                     Ada sebahagian anak-anak yang dah berjaya dalam hidup, kini tiba masanya ibu dan bapa mereka akan dihantar ke rumah penjagaan orang-orang tua. Seperti menjadi satu tradisi orang-orang yang berjaya. Ada yang lari ikut kekasih gelap, teman lelaki berhidung belang, melarikan diri ke Lombok kerana ikutkan suara halus Syaitan. Waktu itu ketepikan mak jauh-jauh, lupakan nasihat ayah, kerana bakal suami aku ini akan memberi aku jaminan kasih sayang yang lebih baik dari mereka. Na’uzubillah.

                     Apa bila tiada hari untuk meraikan sambutan Hari Ibu atau Hari Bapa maka akan ada ramai anak-anak yang tidak bertanggungjawab melepas tangan dan mengabaikan kedua ibu bapa mereka di kampong. Kononnya dulu masa nak berhijrah ke kota, akan jenguk emak setiap bulan sekali, kini nak balik beraya setahun sekali pun susah. Bawa buah tangan, tidak sama sekali.

DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:


“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Huraian:

1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.

2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.  

                     Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya:  

"Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa”.

                     Kepada anda yang membaca petikan artikal ini, pulanglah. Ibu dan bapa anda sedang merindui anda di kampung halaman. Hari-harinya menanti kepulangan anda dengan harapan yang menggunung tinggi. Sambutlah Hari Ibu dan Hari Bapa tidak kira pada bila-bila masa yang anda suka. Jika anda mampu raikanlah Hari Ibu dan Hari Bapa kita setiap hari.

# Gambar yang tertera diblog ini adalah Ayahanda saya diambil ketika beliau terlantar di wad Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada April 2011 yang lalu.


Ku Dedikasikan Lagu Ini Buat Bondaku Tersayang 
Hajah Munjiah Binti Sairi 
Sesungguhnya Engkau Adalah Ratu Hatiku Ummi Terimalah....

video


Duhai Bonda

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

-oleh Nowseeheart-                                      -Muallim OMAR-

Thursday, 28 April 2011

Tips Ke Enam : Wujudkan Persekitaran Bahasa Arab


Semangat Belajar Roller Coaster

                    Tips Ke Enam ini menyarankan kepada anda jika anda mengimpikan untuk bertutur dalam bahasa Arab, anda hendaklah sentiasa berada di dalam persekitaran Arab. “ Bagaimana caranya? Adakah saya perlu berada di negara Arab?”

                    Tidak perlu. Tidak semestinya anda perlu ke negara Arab untuk pandai berbahasa Arab. Dalam Tips Ke Enam ini anda hanya digalakkan untuk berada dalam lingkungan dan suasana Arab untuk memudahkan prosess pembelajaran anda. Apa perlunya anda menghadiri kelas, mempelajari bahasa Arab bertahun-tahun tetapi hasilnya masih tetap sama. Puncanya adalah anda tidak mempraktikkannya.

                     Semangat roller-coaster ini boleh berlaku pada kebanyakkan orang. Apabila mereka berada dalam crowd dia akan bersemangat kerana ada kawan-kawan bersama mereka. Ketika dalam kelas bukan main bersemangat, tetapi apabila sudah berada di rumah buku pun tak sentuh. Ulangkaji langsung tak pernah dibuat kerana semangatnya jatuh merudum. Kemudian bila hadir semula ke kelas@kuliah semangatnya kembali memuncak.

                    Hadir ke kuliah, kelas, pengajian di masjid-masjid akhirnya bila selesai kelas anda akan kembali masuk ke persekitaran dunia kebiasaan Melayu anda. Ada juga yang pulang ke rumah tapi disebabkan tiada partner  untuk diajak berbual bahasa Arab akhirnya energy level semangatnya semakin susut dan akhirnya bahasa Arab tersebut hanya menghiasi halaman dalam catatan notanya sahaja. Hasilnya amat menyedihkan.

Kurang Pendedahan Bahasa Arab

                    Perlu disedari bahawa di Malaysia kita tidak terdedah dengan persekitaran atau medium bahasa Arab dengan meluas. Media cetak dan media elektronik juga amat sedikit menyiarkan program -program berbentuk bahasa Arab. Kalau adapun ia hanya bermusim seperti "Geng Bahasa Arab". Rancanagn tersebut amat bagus anak-anak murid saya amat menyukainya. Tetapi bila penyiarannya tamat terus lenyap begitu sahaja.

                 
                         Kesedaran ini tidak diwar-warkan sepertimana pentingnya penggunaan bahasa Inggeris sedangkan majoriti penganut agama negara ini adalah Islam dan menjadi agama rasmi negara kita.  Tidak dinafikan bahawa bahasa  Arab dan ajaran Islam amat sinonim umpama isi dengan kuku yang  tidak dapat dipisahkan. 

                    Sebagai Muslim, samada sedar atau tidak setiap hari kita sebenarnya terdedah dengan bahasa Arab bermula dari kita bangun tidur sehingga kita memejamkan mata semuanya dengan bahasa Arab. Bagi yang sedar mereka sebenarnya membaca doa bangun dari tidur (dalam bahasa  Arab), masuk keluar tandas, makan, minum, solat, zikir sehingga doa sebelum tidur juga semuanya dalam bahasa  Arab.

Pendapat saya, alangkah seronoknya jika semuanya itu dapat difahami akan maksudnya dan bukan hanya dilafazkan di bibir tanpa mengetahui sepatah perkataan pun.  

Bahasa Percakapan Vs. Bahasa Penulisan

                    Perlu diketahui bahawa bahasa percakapan adalah bahasa yang dibualkan dalam seharian kita sudah tentu ia tidak serupa dengan gaya bahasa dalam penulisan. Bahasa percakapan lebih bebas dalam penyampaiannya sungguh pun tatabahasanya tidak tepat.Yang penting anda ada banyak perbendaharaan dalam kamus minda anda dan anda kreatif dalam mengolah ayat tersebut.

                    Bahasa percakapan memerlukan kemahiran berkomunikasi  yang disertakan dengan emosi dan ekspresi ketika berbual manakala bahasa penulisan pula mempunyai garis panduan yang tertentu, gaya bahasa, tatabahasa, idea (fikrah)  dan sebagainya dalam penulisan.  Jadi tidak perlulah kita bercakap seperti ayat atau frasa dalam buku, nanti digelak dek orang ramai pula.

Anugerah Jiran Yang Budiman

                    Bagi mereka yang baru bertatih bahasa Arab anda dinasihatkan agar tidak terikut-ikut atau meniru-niru bahasa percakapan Arab pasar (Ammiyyah) kerana diperingkat awal anda sedang memprogram minda anda. Jadi jika minda telah diprogramkan dengan bahasa pasar terlebih dahulu sebelum belajar bahasa yang formal (Fushah) anda akan terkesan dengan bahasa pasar itu.

                    Saya ingin berkongsi cerita melalui pengalaman dengan anda tentang implikasi dari mempelajari  bahasa Ammiyah terlebih dahulu sebelum bahasa Fushah. Begini ceritanya. Sewaktu saya belajar bahasa Arab di Republik Arab Syria 2003, saya telah tinggal sebumbung dengan beberapa rakan Melayu yang lain. Sejak awal menjejakkan kaki ke Dataran Syam itu saya telah menyematkan keazaman yang tinggi untuk mendalami bahasa Arab.

                    Saya tidak mengendahkan ajakan rakan-rakan yang terlalu obsess untuk berjalan-jalan dan meninjau-ninjau kota Damascuss yang tenang pada musim bunga yang indah itu. Sebaliknya saya memanfaatkan dengan berkenal-kenal dengan jiran yang tinggal satu aras dengan saya di tingkat satu. Dan keluarga A'mmu Elyas dan 3 orang anaknya yang comel pemilik kedai di deretan kedai di bawah rumah saya. Perkataan A'mmu adalah panggilan yang membawa maksud pakcik dalam bahasa Arab.

                    A'mmu Elyas adalah anak kelahiran dari Palestin yang telah menjadi pelarian bersama kedua ibu bapanya serta seorang adik perempuan pada 1948. Menurut A'mmu Elyas rejim Zionis Yahudi  laknatullahi a'laihim telah menyerang, membunuh, mengusir dan merampas harta benda dan tanah penduduk di perkampungan beliau di A'kkah. Beribu-ribu rakyat Paltesin telah menjadi pelarian dan memohon perlindungan dari pemerintah Syria. Pemerintah pada ketika itu adalah Shukri al-Quwatli telah membenarkan pelarian Palestin ini untuk berlindung di Syria. Kini penempatan tersebut diberi nama Mukhayyam Palestine dimana saya dan rakan serumah merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang tinggal di situ.

                    Saya suka mendengar cerita suka duka beliau yang amat menarik perhatian saya. Saya berasa beruntung berjirankan dengan orang-orang Palestine ketika belajar di Syria. Mereka semua baik-baik dan suka membantu kami. Lebih-lebih lagi bila berpeluang mendengar cerita  dari mulut mereka ketika hidup dengan penuh mujahadah sewaktu di Palestine.

                    Rasa berbeza sekali feel bila dengar dari mulut orang yang telah melalui pengalaman hidup di sana dengan cerita dari mulut orang yang menceritakan tentang cerita orang lain kepada kita. Kerana cerita itu bukan dari pengalaman dirinya sendiri. Rasa seperti feel tu 'kureng' sikit. Beliau juga banyak bertanyakan tentang negara Malaysia kerana perasaan yang kuat untuk tahu. Pada ketika itu nama Tun Mahathir Mohamed amat popular dari nama negara Malaysia.

                    Saya amat mengagumi sifat sabar A'mmu Elyas yang sangat luar biasa. Beliau sangat sabar mendengar cerita dari saya yang hanya seorang budak a'jam (bukan bangsa Arab) seperti saya. Pada ketika itu yang belum fasih bahasa Arab. Tetapi saya selalu cuba untuk present cerita yang menarik tentang tanahair saya Malaysia. Walaupun beliau tidak memahami keseluruhan cerita saya, beliau dan anak-anaknya setia dan sedia untuk mendengar.

                    Ahmad dan Fathilah yang paling banyak bertanyakan soalan  "ganjil dan janggal" kepada saya. Soalan yang paling kelakar yang tidak dapat saya lupakan ialah "Ya Mua'llim Omar hal hunaka asyjaar?" (Wahai Sdr.Omar, adakah di sana (Malaysia) terdapat banyak pokok-pokok?"  Bagaimana soalan sebegitu boleh muncul.

                    Rupa-rupanya orang Arab ni masih ramai lagi yang tidak tahu di manakah letaknya negara Malaysia dalam peta dunia. Yang sedihnya lagi ada yang mengatakan bahawa Malaysia tu terletak di benua Afrika. Barangkali negara Mali yang mereka maksudkan. Sebab itu lah soalan 'pokok' tadi tu timbul. A'mmu Elyas hanya tersenyum memerhatikan gelagat saya melayani anak-anak comelnya. Sebelum beredar A'mmu Elyas selalu menepuk-nepuk bahu saya sambil memberi nasihat "Teruskan mencuba (bahasa Arab) dan usaha lagi" sebagai satu motivasi buat diri saya.

Sahabat Cilik Saya     
              
                    Anak-anak comel seperti Ahmad (11), Fathi (9) dan Muna (6) tahun adalah sahabat-sahabat cilik (kecil) saya. Jika anda pergi ke negara Arab mereka akan memandang kita  ni aneh. Bagi mereka rupa paras dan pertuturan kita begitu asing bagi mereka tapi boleh bercakap bercakap Arab. Saya tidak tahu  apakah yang  sedang diimigenasikan dalam kotak fikiran anak-anak kecil ini. Mereka memandang saya, berbisik dan tersenyum sambil menampakkan beberapa batang gigi mereka yang rongak tapi masih cute itu.

                    Saya juga kagum melihat A"mmu Elyas dalam mendidik anak-anak kecil beliau menjadi lebih dewasa. A'mmu Elyas melatih Ahmad dan Fathi untuk belajar berdikari dan belajar secara praktikal di kedai runcitnya. Kadang-kadang sewaktu A'mmu Elyas pergi membeli barang-barang dari pembekal kerana kehabisan stok, solat, berehat, maka anak-anak kecil yang akan mengambil alih tugasan ayah mereka.

                    Mereka mengenal setiap barang dan tahu semua sebut harga bagi setiap item dalam kedai ayahnya. Mereka tahu menggunakan alat penyukat dan menimbang. Semuanya dilakukan perfect dan terlatih bagi anak seusia Ahmed 11 tahun. Nampaknya pendidikan asas perniagaan yang praktikal seperti menyambut tetamu dengan senyuman dan memberi tanggungjawab kepada anak agar mereka tahu berdikari bila dewasa nanti adalah suatu yang sangat unik bagi saya.
                    Pernah saya bertanya kepada Ahmed bagaimana dengan pelajaran beliau. Bagaimana beliau membahagikan masa dengan pelajaran. Menurut Ahmed, pulang dari sekolah beliau akan tukar persalinan dan bergegas ke kedai untuk membantu ayahnya. Sewaktu di kedai sementara tiada pelanggan yang datang membeli barang, dia akan mengulangkaji pelajarannya. Ahamed memberitahu saya beliau selalu menduduki nombor 1 dalam kelas dan A'mmu Elyas membenarkan kata-kata anaknya.

                     Jika A'mmu Elyas tiada di kedai saya akan datang untuk berjumpa dengan anak-anak beliau. Tujuan saya ialah saya ingin berkongsi pengalaman belajar dengan kanak-kanak arab. It's so fun. Ahmed dan Fathi sangat seronok berbual dengan saya. Nota dan pen sudah bersedia untuk menulis. 

" Ahmed yang di kiri kamu itu namanya apa?" soal saya. 
"Yang mana?" Ahmed kebingungan tidak faham apa yang saya maksudkan.
"Itu tu, yang berwarna kuning." sambil menudingkan jari telunjuk saya.
"Ooh! yang ini. Ini namanya Zait Dzurrah (minyak jangung)".
"Saya tidak faham apa yang kamu cakapkan tadi, minta maaf"

                    Punca ketidakfahaman Ahmed adalah berpunca dari saya kerana tersilap ingin mengatakan KIRI ( شِمَال ) dalam bahasa Arab tetapi saya tertukar dengan perkataan ( شَمَالٌ ) bermaksud UTARA. Saya terkeliru dengan baris (شَ)  dan (شِ).  Perkataan sama tetapi baris yang berlainan juga membawa makna yang berbeza.

                    Ahmed sangat peramah budaknya. Tidak lokek untuk mengkongsikan ilmu beliau dan banyak mengajar saya mengenali pelbagai nama barangan yang dijual di kedai runcit ayahnya. Saya kerap ke kedai A'mmu Elyas dan berbual-bual bersama Ahmed dan Fathi. Mereka adalah jiran yang sangat baik hati. Pernah suatu hari saya dan sahabat serumah terkena musibah food poisioning (keracunan makanan) yang teruk. Kami serumah muntah-muntah dan ciri birit. Berulangkali ke tandas bergilir-gilir.

                    Tiba-tiba pintu rumah kami diketuk. Pintu dibuka dan A'mmu Elyas menberi salam dan bertanyakan khabar kami serumah kepada Fadli teman serumah saya yang tetika itu dia juga tidak bermaya. Saya tidak pasti apa yang ditanyakan kerana ketika itu saya hanya separuh sedar antara dengan tidak. Kemudian beliau beredar.

                    Antara kami bertiga sayalah yang paling kritikal. Mungkin sudah dua hari tidak melihat kelibat kami bertiga telah membuatkan beliau datang menjenguk kami. 20 minit kemudian pintu rumah kami diketuk semula. Sekali lagi Fadli yang membuka pintu dengan kudrat yang masih ada. Saya dan Rodhi hanya terbaring lesu. Kali ini A'mmu Elyas datang tidak keseorangan. Rupa-rupanya beliau telah bergegas ke klinik berhampiran dan telah membawa doktor ke rumah kami.

                    Pada waktu itu saya hanya mampu mengalirkan air mata terharu dengan sifat Ar Rahman Allah S.W.T kerana mengurniakan kami jiran yang prihatin. Bagaimanakah insan yang tiada ikatan tali persaudaraan, bukan sebangsa dan sebahasa dangannya berusaha membantu saya dan rakan-rakan serumah yang ketika itu berada dalam keadaan darurat. Waktu itu saya belum mampu memiliki hand phone lagi. Doktor masih berusaha merawat kami. Kami telah diberi suntikan dan diberi ivy kerana telah banyak kehilangan air dalam badan selama 2 hari ini.

                    Keesokkan paginya Ahmed telah datang ke rumah menghantarkan makanan khubz Syaami dan labnah sebagai sarapan pagi kami bertiga. Alhamdulillah petang itu doktor datang sekali lagi  untuk membuat pemeriksaan susulan dan kami telah disahkan pulih. Kami dinasihatkan agar meminum banyak air. Kami  juga sempat bertanyakan tentang bayaran rawatan ke rumah kepada doktor. Doktor tersebut memberitahu tidak perlu bayar kerana semuanya telah diuruskan oleh A'mmu Elyas.

                    Masya Allah, saya amat menginsafi dengan kebesaran Allah S.W.T dengan ilmu kejiranan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W telah dipraktikkan di sini. Bertapa besarnya tanggungjawab menunaikan hak jiran kita. Cuba tanya diri kita

"Siapa nama jiran pintu sebelah rumah kita? Berapa orang isi rumah itu?". Jawapannya, "Tidak tahu !."

Tahu Membezakan Bahasa Fushah Dan Ammiyah
                    Saya amat suka mendengar orang Syria ketika bercakap. Nada dan intonasi lahjah (loghat) Syam mereka sungguh sedap didengar walaupun ketika itu bahasa Arab saya tidaklah begitu memuaskan. Seperti kebanyakkan orang lain, pada ketika itu tahap penguasaan bahasa Arab saya masih berada di tahap yang kedua.

                    Pertama kali tiba di kota Damascuss saya akan berasa berdebar-debar sewaktu hendak keluar rumah bersama dua orang sahabat saya Mujib dan Azmi. Terutama setiap kali pergi ke kedai untuk membeli barang. Pada mulanya kami selalu bertiga kerana kami akan saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain . Kalau saya tak tahu Arab, Azmi akan tolong atau Mujib yang akan cuba bercakap dalam keadaan yang tersekat-sekat. Memang lucu kalau dikenangkan waktu itu, apabila kami membeli barang, lain yang diminta lain yang dapat.
                    Saya terus beri focus pada azam saya. Ramai kawan-kawan yang datang seangkatan dengan saya mereka belajar juga bahasa Arab, tetap bahasa Arab Ammiyyah.  Saya melihat mereka sangat obsess belajar bahasa Ammiyah kerana ingin mendapatkan kawan Arab.

                    Satu hari apabila saya mengadakan sedikit majlis kesyukuran, saya menjemput rakan-rakan Melayu dan Arab ke rumah, saya perkenalkan rakan-rakan Arab kepada rakan-rakan Melayu. Disebabkan lokasi rumah yang berjauhan dan kuliah yang berbeza kami jarang-jarang berjumpa. Dengan cara begini kami dapat bertemu dan bertukar-tukar pengalaman belajar di tempat masing-masing.

                    Saya bersyukur mempunyai rakan-rakan Arab yang mahu bertutur dalam bahasa Arab Fushah. Mereka akan menegur dan memperbetulkan perkataan, sebutan dan juga ayat Arab jika saya tersilap. Apabila saya perhatikan sahabat-sahabat saya, mereka agak kekok ketika berbual dengan rakan-rakan Arab saya.  

                    Keesokkan harinya di kuliah, apabila saya bertemu dengan Muhammad rakan Arab yang hadir ke rumah saya semalam, berkenaan perbualan mereka dengan sahabat-sahabat Melayu saya, dia memberitahu bahawa kelemahan mereka ialah banyak menggunakan bahasa Ammiyah ketika berbual dan dan sahabat-sahabat Arab saya telah menegur dan memperbetulkan percakapan rakan-rakan Melayu saya dengan bahasa Fushah.

Kesan Dan Impikasi Bahasa Ammiyah

                    Implikasi dari mendahulukan pempelajari bahasa Ammiyah ialah perkataan-perkataan Ammiyah yang anda gunakan tersebut akan melekat di kotak minda anda dan anda akan meyakini bahawa makna perkataan tersebut adalah perkataan yang diguna pakai oleh Arab kerana ianya telah biasa diucapka oleh orang Arab. Seperti perkataan Air dalam bahasa Arab Fushah ialah ( مَاءٌ ) tapi dalam bahasa Ammiyah ia di sebut sebagai Maiyy atau Moya. Apabila rasa percaya itu sudah disemat, maka yakin pula terpahat. Implikasinya nanti adalah anda akan terkeliru yang mana satukah perkataan yang Fushah dan yang mana satu perkataan Ammiyah seperti rakan-rakan saya. 

                    Implikasi lain juga seperti anda tidak dapat memahami keseluruhan teks dengan baik kerana perbendaharaan kata dalam kotak minda anda adalah Ammiyah dan bukan Fushah. Jika anda cuba fikirkannya juga anda tidak akan menemui perkataan tersebut dalam kamus minda anda. Sedangkan jika anda ingin mempelajari kitab hadith, fiqh, mendengar ceramah dalam bahasa Arab, bahkan bacaan ketika solat, doa harian dan membaca Al Quran bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab Fushah 100%. Dan tiada satu pun kitab yang menggunakan bahasa Amminyah.

                    Bukan bahasa Ammiyah tidak bagus, tetapi jika anda dalam pembelajaran di tahap 1, anda tidak dapat tidak untuk mempelajari mengenal benda-benda dan frasa-frasa ayat yang mudah  dalam bahasa Fushah. Bahasa Ammiyah boleh dipelajari sekirangan anda tiada mengalami masalah kekeliruan dan anda adalah seorang yang rajin membelek kamus.

                    Bahasa Ammiyah sesuai digunakan apabila kita bergaul dalam masyarakat Arab. Mereka akan menjadi mesra jika kita boleh bertutur dalam bahasa harian mereka. Komunikasi antara kita dan mereka menjadi lancar. Silap-silap kita dibelanja minum syai majjanan. Senario ini berlaku di tempat-tempat umum seperti kedai, pasar, ketika berbual dengan sahabat karib kecuali ketika majlis-majlis rasmi, surat menyurat, khutbah Jumaat, cermah agama dan sebagainya mereka akan menggunakan bahasa formal Fushah.

                    Kesimpulannya ialah, jika anda ingin mempelajari bahasa Arab mulakanlah dulu dengan bahasa Arab Fushah dan secara tidak sedar bahasa Ammiyah anda akan dapat memahaminya secara tidak langsung sedikit demi sedikit. Kerana bahasa Ammiyah (bahasa pasar) hanya diguna pakai ketika kita bertutur dengan orang Arab dan bukannya bahasa formal yang digunakan untuk pembelajaran ilmiah.

# Bagaimana dengan Tips Ke Enam ini ? Sudahkan anda mendapatkan pelajaran yang tersirat disebalik kisah pengalaman di atas? Saya harap anda dapat belajar sesuatu darinya. Sesungguhnya pengalaman itu telah mengajar saya memahami erti nilai suatu ilmu tentang kemanusiaan.
- Mua'llim Omar -

Friday, 22 April 2011

Tips Ke Lima: Tahu Bagaimana Cara Orang Arab Berfikir


Cara Penterjemahan Pondok Paling Mudah Dan Praktikal

             Harus tahu bagaimana cara orang Arab berfikir, bagaimana tu? Pada tips yang ke lima ini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana cara orang Arab berfikir agar frasa ayat yang ingin kita bina itu tersusun elok dan dapat difahami.

             Jika anda ingin membina frasa ayat dalam bahasa Arab dan anda cuba untuk menterjemahkannya dari bahasa Melayu ke bahasa Arab sudah pasti ayat tersebut akan jadi tunggang terbalik susunan ayatnya sekaligus sukar untuk difahami maksud yang ingin anda sampaikan.

             Tips kali ini saya akan berikan beberapa contoh frasa ayat beserta makna setiap kalimah Arab dan saya juga akan membantu anda untuk memahami bagaimana menjadikan ia ayat yang betul dan dapat difahami.

Cuba anda perhatikan beberapa contoh di bawah ini dan perhatikan susunan ayatnya.

عًلِيٌ رَكَضَ إلَى السَّيَّارةِ
السَّيَّارَةِ
إلَى
رَكَضَ
عَلِيٌ
the car
to
ran
Ali
kereta
ke
telah berlari
Ali


1.     Penggunaan Kata Nama/ اسم /Nouns boleh diletakkan pada awal ayat seperti contoh di atas.

أحْمَدُ فَتَحَ البَابَ
مفعول به
فعل ماض
اسم
البَابَ
فَتَحَ
أحْمَدُ
Object
Verb
Nouns
The door
opened
Ahmad
Objek
Perbuatan
Kata Nama
pintu
Telah membuka
Ahmad

2.Begitu juga dengan susunan (Kata Nama-Perbuatan-Objek /Nouns-Verb-Object /  اسم-فعل-مفعول به ) Kata Nama dijadikan sebagai kata awalan atau perkataan yang pertama sekali dalam ketiga-tiga bahasa ini.

فَتَحَ عَلِيٌّ البَابَ
مفعول به
اسم
فعل
البَابَ
عَلِيٌّ
فَتَحَ مضارع
Object
Nouns
Verb
the door
Ali
Opened
Objek
Kata Nama
Perbuatan
pintu
Ali
Telah membuka

3.Jika anda perhatikan contoh yang ke tiga di atas, Kata Perbuatan telah dijadikan sebagai kata awalan. Jika dalam penggunaan bahasa Arab ia boleh berlaku iaitu kalimah فعل  mendahului kalimah اسم tetapi susunan ini tidak berlaku dalam bahasa Melayu dan Inggeris; Telah membuka  Ali pintu @ Opened Ali the door. Bunyinya amat janggal sekali bukan?

يَفْتَحُ عَلِيٌّ البَابَ
مفعول به
اسم
فعل
البَابَ
عَلِيٌّ
يَفْتَحُ
Object
Nouns
Verb
the door
Ali
Opens
Objek
Kata Nama
Perbuatan
pintu
Ali
Sedang membuka

4.Susunan ayat di atas juga adalah betul dalam penggunaan bahasa Arab untuk waktu perbuatan yang sedang dilakukan/ فعل مضارع / present tense, tetapi tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris: Sedang membuka Ali pintu.

افْتَحِ البَابَ
مفعول به
 فعل أمر
البَابَ
افْتَحِ
Object
Verb (jussive)
the door
Open
Objek
Perbuatan
pintu !
Buka

5.Dalam contoh yang ke lima di atas ia boleh diterima oleh ketiga-tiga bahasa Melayu, Arab dan Inggeris iaitu ketika ayat perintah/ فعل الأمر / jussive-objek/ مفعول به /object; “Buka pintu !” 

Masih ada 20 contoh baki pola ayat yang harus anda pelajari tetapi bukan di sini kerana jika anda ingin mengetahui jenis pola ayat yang 20 tersebut anda harus hadir ke kelas dan belajar dengan berguru. 

Untuk huraian dari keseluruhan contoh di atas dan kesimpulannya sila baca dalam tajuk kecil yang berikut. Sila gali lagi apakah rahsianya.

Kisah Dari Pondok Buruk Itu….. 

Maka telah dipukul akan Ali itu oleh Ahmad”  bunyinya macam kelakar sahaja. Hati kecil saya tertawa sewaktu duduk di serambi masjid sambil mendengarkan pengajian Kitab Nahwu Al-Wadhih yang sedang dibacakan  oleh bapak Sutrisno di Pondok Pesantren Sirojuth Tholibin, Indonesia pada 10 Setember 1993 masih terpahat jelas di ingatan saya. Ketika itu saya  berumur 13 tahun.

             Saya merupakan pelajar lepasan sekolah pondok di Pondok Pesantern Sirojuth Tholibin, Brabo di Jawa Tengah Indonesia. Saya telah di hantar oleh ibu dan bapa saya atas pilihan dan kehendak dari diri saya sendiri dan bukan paksaan.


             Sebahagian orang-orang lama mereka lebih mesra menyebut dengan panggilan Tanah Jawa. Mungkin saya boleh istilahkan pusat pengajian ilmu agama Islam yang berkembang pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ini sebagai satu institusi pendidikan yang hebat.

             Bukan untuk membanding-bandingkan sistem pondok di Malaysia  dengan di Indonesia atau Selatan Thailand, tetapi melalui pengalaman saya masing-masing memiliki pendekatan masing-masing dalam menggembeling para santri dan pelajar mereka dalam mendalami ilmu agama Islam.

             Contohnya di Indonesia pengajian pondok pesantren tradisional amat berbeza dengan pesantren moden. Jika pondok moden serba serbi lengkap dan dibawah tajaan yayasan dan silibus yang digunakan juga bersiatem dan banyak yang sudah diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia. Manakala pondok tradisional ia masih mengekalkan cara lama yang dibawa oleh para ulamak yang terdahulu demi melestarikan  tradisi pengajian pondok agar ia dapat diwarisi untuk generasi yang akan datang.

             Anda pernah mendengar istilah kitab kuning? Istilah ini digunapakai oleh orang kita di Malaysia merujuk kepada kitab-kitab pengajian yang digunakan di pondok-pondok khasnya di Nusantara. Jika di Indonesia ia disebut Kitab Gundul (botak). Kenpa botak? Kerana kitab tersebut adalah kitab arab yang tiada baris hanya tulisan sahaja. 

             Walaupun kosong tanpa baris tapi pelajar-pelajar pondok boleh membaca dan menterjemahkannya dengan sebuatan baris yang betul kerana mereka telah belajar  dan diajar dengan ilmu Nahwu dan Shorof dari kitab asas sekecil Matan Imrithi sehingga Syarah Kitab Ibnu A’qil Ala Alfiyyah Ibnu Malik. 

             Selama 5 tahun belajar di Tanah Jawa saya berasa teruja kerana berpeluang untuk belajar dangan satu sistem yang begitu praktikal dan saya juga telah dianugerahkan dengan guru-guru yang berkaliber. Saya berasa amat bersyukur kerana saya juga telah diberikan kelas-kelas private untuk belajar ‘one to one’ dengan guru yang terpilih sahaja oleh Bapak Kyai Hj.Baidlowie Hj. Shamsuri selaku pengetua pondok. Keistimewaan ini tidak pernah diberikan kepada mana-mana santri pun sebelum ini.

             Kini sudah 11 tahun saya tinggalkan Tanah Jawa yang telah meninggalkan 1001 kisah suka dan duka yang tidak ternilai harganya dalam lembaran sejarah hidup saya.  

“Ya Allah, Eangkau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan guru-guruku…..”Amin

Impak Bahasa Kitab Pondok Lama

             Narratiwat, Yala (Thailand), Pondok Bukit Jong (Terengganu), Pondok Penanti (Pulau Pinang), Pasir Tumboh (Kelantan), Gontor, Tebu Ireng (Indonesia) adalah antara pondok-pondok yang terkenal denagn pusat pengajian agama Islam yang telah banyak menyumbangkan jasanya kepada masyarakat di seluruh Nusantara.

             Jika dikaji ada banyak persamaan gaya dalam penyampaian ilmu dari tok guru kepada para muridnya dari bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Pada mulanya pengalaman saya mengikuti pengajian kitab kuning adalah amat sukar dengan Nahwu dan penterjemahan setiap kalimah kedalam bahasa Indonesia. Walau sudah dibaca sempurna keseluruhan ayat tapi saya masih sukar memahaminya.
             
 Para tok guru menggunakan kaedah lama seperti contoh ayat yang tuliskan di awal tajuk Kisah Dari Pondok Buruk Itu….. Ayat yang tidak tersusun itu membuatkan saya bingung. Tapi saya pelik bagaimana semua pelajar boleh faham tetapi bukan saya. Tetapi apabila saya mentelaah dari kalimah ke kalimah, dari pola ayat dan seterusnya, saya dapati ada cara yang lebih mudah untuk memahaminya. 

             Sebagai contoh; ( مَرَرْتُ بِزَيْدٍ )  jika mereka yang tidak tahu cara memberikan maksud ayat di atas mereka akan memaknakan contoh tersebut dengan ; “Saya telah berlalu dengan Zaid”. Ayat tersebut telah diterjemahkan dengan makna yang tidak tepat dan telah memberikan fahaman yang salah. Maksud ayat tersebut bukan saya lalu bersama-sama Zaid tetapi terjemahan yang sesuai adalah “Saya telah terserempak dengan Zaid”. Saya berjalan berseorangan dan tiba-tiba terserempak dengan Zaid.

             Jika dalam memberikan makna pada setiap kaliman dan kemudian anda cuba terjemahkannya kedalam bahasa Melayu anda akan dapati ayat tersebut tidak tersusun, tetapi jika anda memahami pola ayat tersebut dan tahu bagaimana mengolah ayat dengan maksud yang tepat maka anda akan mencapai maksud susunan keseluruhan ayat tersebut dengan tepat.

             Tapi bagaimana pelajar-pelajar pondok boleh faham dengan terjemahan ayat yang terbalik. Sewaktu saya mula-mula menjejakkan kaki ke Pondok Pesantren Sirojuth Tholibin dulu, saya telah diberikan sebuah buku kecil yang mengandungi lapan muka surat. Terdapat di dalamya jadual dan panduan yang perlu dihafal dan difahami penggunaan kod-kod Nahwu seperti ( م ) adalah symbol bagi mubtada dan ( خ ) adalah symbol bagi khobar mubtada dan ( ص ) adalah singkatan bagi sifat yang telah diterjemahkan dan disesuaikan dengan bahasa jawa. 

             Jadi apabila tok guru membacakan kitab Arab tanpa baris, dia akan menyebut perkataan Arab tersebut dengan (  مُحَمَّدٌ ) utawi Muhammad (dalam bahasa jawa) bermaksud mubtada’ dan dengan pantas pelajar meletakkan simbol ( م ) pada kalimah Muhammad dengan baris hadapan kerana mubtada’ marfu’ dengan dhommah.

            Mungkin agak sukar untuk dijelaskan di sini kepada sesiapa yang tidak pernah mengikuti pengajian  di pondok kerana banyak lagi simbol-simbol Nahwu yang telah disistemkan menjadi kod untuk memahami makna setiap perkataan dan perubahan barisnya. 

Penjelasannya ada diterangkan di dalam kelas saya.