My Blog List

Monday, 22 August 2011

Mari Kita Bernasyid Arab- لو كان بيننا الحبيب (kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..)

 
 
law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

...fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

====================

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

====================

Kalaulah Al-habib (Nabi Muhamad) ada diantara kita..
Maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat
Daripada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap..
Mengharapkan dekat denganya (al-Habib)

Hampir denganya jiwa rasa tenang
Jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
Cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
Pertemukanlah kami denganya Ya Mujib

Kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib (Nabi Muhamad)
Yang memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
Wahai Rahmat sekalian alam

Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)

Nasyid ini dikongsikan dari Ust.Zahazan Mohamed.



Wednesday, 17 August 2011

Ramadhan Kehadiran Yang Dinanti....

Assalamualaikum......


              Telah sekian lama dalam kesibukkan mengatur strategi syarikat yang akan dirasmikan tidak lama lagi membuatkan saya tidak berkesempatan untuk meng'up-date' laman bersawang ini. Insya Allah dalam pertengahan Syawal nanti syarikat yang telah ditubuhkan dan akan dirasmikan sebagai platfom saya untuk membantu lebih ramai orang yang ingin mempelajari bahasa Arab.

              Pejam celik Ramadhan tiba lagi. Bulan yang menjadi tanda aras mengukur sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah A'zza Wajalla kerana tiada alasan untuk kita untuk melakukan kejahatan kerana Syaitan telah dibelenggu pada sepanjang bulan Ramadhan ini. Dalam hadith Rasulullah S.A.W disebutkan ;

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.
                                                                                               (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

              Ramadhan juga adalah Bulan Refleksi Diri. Bulan dimana kita mencermin diri kita yang sebenar kerana Allah S.W.T telah merantai/menghambat Syaitan dari terus merosak anak Adam dari beramal sepanjang Ramadhan. Jadi bagaimana mungkin jika Syaitan telah dirantai, masih terdapat kefasadan dan kemungkaran dibulan Ramadhan?


              Jawapannya ialah jika selama 11 bulan seseorang itu mengikutkan kehendak dan hawa nafsunya yang dipujuk oleh Syaitan, maka jika sebulan Syaitan dirantaipun ia tidak mempu untuk melawan kehendak hawa nafsunya kerana sudah terbiasa dengan bujukan hawa nafsu dirinya. Oleh kerana itu Allah telah berfirman di dalam Al-Quran;

لا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله إن الذين يضلون عن سبيل الله لهم عذاب شديد بما نسوا يوم الحساب 

“ Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu , kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah . Sesungguhnya orang - orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan .”                                            (Surah Shaad (ص) : Ayat 26 )

              Tiada alasan untuk kita menyalahkan Syaitan jika kita melakukan kemungkaran dan maksiat, kerana semua Syaitan telah dirantai melainkan diri kita sendiri yang masih dijajah oleh hawa nafsu sendiri. Tidak hairanlah jika akhbar Metro Edisi Ahad 14 OGOS 2011 di muka hadapannya bertajuk " Lelaki Usia Emas Dangdut Sampai Sahur" soalannya Syaitan mana yang memujuk melakukan masiat?


              Jawapan yang telah diulas oleh Prof Madya Md Izuddin Ali, seorang penceramah bebas bahawa segelintir golongan lelaki separuh abad yang masih mengunjungi kelab dangdut, melayan penari dan meminum minuman keras pada malam hari dan siangnya berpuasa seperti biasa. Menurut beliau, golongan ini hakikatnya hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang berpuasa tanpa sedikit pun pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada orang Islam yang menjalani ibadah puasa dengan ikhlas.

              Sepatutnya kehadiran Ramadhan tidak boleh dinodai kesuciannya dengan berpesta maksiat. Jika warga emas menunjukkan teladan sebegini bagaimakah kesannya terhadap golongan muda yang sedang belajar untuk mencapai erti TAQWA?

              Jangan menuding jari kepada sesiapa pun. Segalanya kembalikan pada diri sendiri. Cermin diri, adakah kita mampu untuk mengatakan TIDAK kepada perkara kehendak kita sepanjang 11 bulan yang lalu. Belajar untuk mengawal keinginan diri kita. Jika 11 bulan kita ada bercakap bohong, maka dibulan mulia ini cuba belajar bercakap jujur dan jangan berbohong. Jika kita berjaya bercakap jujur bermakna kita telah berjaya menguasai diri dan mengawal keinginan bercakap bohong. Itulah cara menuju TAQWA.